Sessi promosi Jebat diteruskan lagi.
Kali ini Jebat kembali ke bumi Hang Tuah, tempat asal lima bersaudara bagi mengutip kembali semangat Tamingsari yang sudah lama hilang. Pada tanggal 9hb Dec 11 Jebat telah diinterview oleh DJ Izad sebagai salam perkenalan buat penduduk Melaka sekaliannya.
Lagi gambar bersama kumpulan Putra yang dahulunya terkenal dengan lagu Kain Cinta Putih. Biarpun perteuan sebentar cuma, namun sempat otai Rock ini menceritakan sejarah bagaimana lagu kain cinta putih dicipta. Nak tahu juga ke? Opsss... esklusif untuk Jebat jer... hahaha...
Buah tangan yang tak seberapa. Sticker Kumpulan Jebat. Insyaallah lain kali Jebat bawa yang lebih besar.
Selepas sessi di konti seperti biasa sessi melayan perut pula. Kata orang makanan kat Melaja ni sedap. Kami singgah di sebuah restoran berdekatan RTM Melaka berhadapan stesen minyak Shell untuk menjamu selera. Memang betul, sedap makanan kat sini.
Makanan spesial Nasi goreng mata kuching. Yang bestnya udang besar-besar tu...
Begitulah serba sedikit Travelog Jebat di Melaka FM. Terima kasih buat DJ Izad yang sudi melayan kami.
No comments:
Post a Comment