Thursday 29 December 2011

Ujang ditahan di Hospital Serdang

Penyanyi kumpulan Jebat, Ujang Dickinson telah ditahan di Wad 6C di Hospital Serdang pagi tadi (29/12/11). Dia disyaki mengalami jangkitan kuman di hempedunya. Punca utama sakit beliau akan diketahui besok atau lusa setelah doktor mengambil sampel darah dan akan membuat scanning pada besok hari juga. Walau bagaimanapun kesihatannya dilaporkan semakin stabil.
Masih sempat memberikan post istimewa buat peminat

Tersenyum selepas makanan dihidangkan setelah lebih 24 jam tidak menjamah sebutir nasi pun.


Diharap semua sahabat mendoakan kesihatan yang baik buat beliau... Aminn...

Sunday 11 December 2011

Jebat di Majlis Perkahwinan Bob Ringgo - DJ Suria


Selamat Pengantin Baru buat DJ Bob Ringgo yang melangsungkan perkahwinannya pada 11 Dec 2011 di dewan MBPJ, Petaling Jaya Selangor.
Semoga hidup berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.






Jebat di Melaka FM 9 Dec 2011

Sessi promosi Jebat diteruskan lagi.
Kali ini Jebat kembali ke bumi Hang Tuah, tempat asal lima bersaudara bagi mengutip kembali semangat Tamingsari yang sudah lama hilang. Pada tanggal 9hb Dec 11 Jebat telah diinterview oleh DJ Izad sebagai salam perkenalan buat penduduk Melaka sekaliannya.
 
Bersama kumpulan Putra yang juga diinterview pada hari yang sama.


Lagi gambar bersama kumpulan Putra yang dahulunya terkenal dengan lagu Kain Cinta Putih. Biarpun perteuan sebentar cuma, namun sempat otai Rock ini menceritakan sejarah bagaimana lagu kain cinta putih dicipta. Nak tahu juga ke? Opsss... esklusif untuk Jebat jer... hahaha...


Sham di Konti


Ujang Dickinson


Ammet bersama DJ Izad


Rock tuu...


Melaka FM - Mempesonakan

DJ Izad melayan Jebat yang sememangnya suka bergambar.


Rock ke?


Macho...


Ada gaya jadi DJ ke?

Buah tangan yang tak seberapa. Sticker Kumpulan Jebat. Insyaallah lain kali Jebat bawa yang lebih besar.


Gaya seorang DJ...


Dah macam patung kat Supermarket.


Semua tempat yang ada tanda Melaka fm dijadikan tempat penggambaran. Ish ish ish...

Di hadapan pintu masuk ke Studio


Semoga selepas ini Jebat dapat bertemu peminat di Melaka pula.


Selepas sessi di konti seperti biasa sessi melayan perut pula. Kata orang makanan kat Melaja ni sedap. Kami singgah di sebuah restoran berdekatan RTM Melaka berhadapan stesen minyak Shell untuk menjamu selera. Memang betul, sedap makanan kat sini.


Makanan spesial Nasi goreng mata kuching. Yang bestnya udang besar-besar tu...
Begitulah serba sedikit Travelog Jebat di Melaka FM. Terima kasih buat DJ Izad yang sudi melayan kami.