Thursday 29 December 2011

Ujang ditahan di Hospital Serdang

Penyanyi kumpulan Jebat, Ujang Dickinson telah ditahan di Wad 6C di Hospital Serdang pagi tadi (29/12/11). Dia disyaki mengalami jangkitan kuman di hempedunya. Punca utama sakit beliau akan diketahui besok atau lusa setelah doktor mengambil sampel darah dan akan membuat scanning pada besok hari juga. Walau bagaimanapun kesihatannya dilaporkan semakin stabil.
Masih sempat memberikan post istimewa buat peminat

Tersenyum selepas makanan dihidangkan setelah lebih 24 jam tidak menjamah sebutir nasi pun.


Diharap semua sahabat mendoakan kesihatan yang baik buat beliau... Aminn...

Sunday 11 December 2011

Jebat di Majlis Perkahwinan Bob Ringgo - DJ Suria


Selamat Pengantin Baru buat DJ Bob Ringgo yang melangsungkan perkahwinannya pada 11 Dec 2011 di dewan MBPJ, Petaling Jaya Selangor.
Semoga hidup berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.






Jebat di Melaka FM 9 Dec 2011

Sessi promosi Jebat diteruskan lagi.
Kali ini Jebat kembali ke bumi Hang Tuah, tempat asal lima bersaudara bagi mengutip kembali semangat Tamingsari yang sudah lama hilang. Pada tanggal 9hb Dec 11 Jebat telah diinterview oleh DJ Izad sebagai salam perkenalan buat penduduk Melaka sekaliannya.
 
Bersama kumpulan Putra yang juga diinterview pada hari yang sama.


Lagi gambar bersama kumpulan Putra yang dahulunya terkenal dengan lagu Kain Cinta Putih. Biarpun perteuan sebentar cuma, namun sempat otai Rock ini menceritakan sejarah bagaimana lagu kain cinta putih dicipta. Nak tahu juga ke? Opsss... esklusif untuk Jebat jer... hahaha...


Sham di Konti


Ujang Dickinson


Ammet bersama DJ Izad


Rock tuu...


Melaka FM - Mempesonakan

DJ Izad melayan Jebat yang sememangnya suka bergambar.


Rock ke?


Macho...


Ada gaya jadi DJ ke?

Buah tangan yang tak seberapa. Sticker Kumpulan Jebat. Insyaallah lain kali Jebat bawa yang lebih besar.


Gaya seorang DJ...


Dah macam patung kat Supermarket.


Semua tempat yang ada tanda Melaka fm dijadikan tempat penggambaran. Ish ish ish...

Di hadapan pintu masuk ke Studio


Semoga selepas ini Jebat dapat bertemu peminat di Melaka pula.


Selepas sessi di konti seperti biasa sessi melayan perut pula. Kata orang makanan kat Melaja ni sedap. Kami singgah di sebuah restoran berdekatan RTM Melaka berhadapan stesen minyak Shell untuk menjamu selera. Memang betul, sedap makanan kat sini.


Makanan spesial Nasi goreng mata kuching. Yang bestnya udang besar-besar tu...
Begitulah serba sedikit Travelog Jebat di Melaka FM. Terima kasih buat DJ Izad yang sudi melayan kami.

Friday 25 November 2011

Jebat bersama Bloodshed 20 Nov 11 di Sungai Buloh

Pada tanggal 20 Nov 2011 Kumpulan Jebat dan Kumpulan Bloodshed telah berkongsi pentas di perkarangan dewan MBSA Paya Jaras, Sungai Buloh Selangor. Biarpun cuaca tidak begitu baik dengan hujan turun dipertengahan persembahan, namun kedua-dua kumpulan tetap memberikan komitmen yang terbaik dalam menjayakan majlis persandingan saudara Yusri dengan isterinya yang tercinta.


Gaya penyanyi kumpulan Jebat, Ujang Dickinson.


Bassist Jebat, Karl dan guitarist utama Syam.


Ammet, 2nd guitar bersama tukang pukul Jay D.





Kumpulan Jebat selepas persembahan.


Kumpulan Otai Bloodshed membuat persembahan dengan dimulai lagu Jump.


Pasangan pengantin yang secocok dan sepadan sedang menikmati persembahan dari Kumpulan Jebat dab Bloodshed..


Hamdan guitarist utama kumpulan  Bloodshed.

Ujang turut menyumbangkan lagu bersama kumpulan Bloodshed.



Terbaik. Pengantin menyumbangkan suara serta bermain gitar untuk lagu Srikandi cintaku dan Rozana.


Band Pengantin dan rakan-rakannya dibantu vokalist kumpulan Jebat, Ujang.
Secara keseluruhannya persembahan sepetang di Paya Jaras ini memang santai dan menghiburkan para tetamu.


Thursday 24 November 2011

Jebat Sewaktu Latihan


Mungkin sesetengah peminat Kumpulan Jebat bertanyakan dimanakah mereka membuat latihan  selama ini. Artrax Studio merupakan studio yang  menjadi pilihan mereka semenjak tahun 2009 dahulu lagi. Studio ini terletak di Kompleks Diamond Bandar Baru Bangi. Lebih senang jika kita katakan di belakang Warta Bangi, bersebelahan dengan Pejabat Daerah.

Antara aksi yang dipamerkan oleh lima bersaudara Jebat ini. Untuk pengetahuan semua Kumpulan Jebat sedang giat membuat latihan untuk dipersembahkan di Johor Baharu pada 11 Disember 2011 nanti.
Selain dari lagu Jebat, kumpulan ini juga akan mengiringi seorang penyanyi otai dalam persembahan itu nanti. Siapa? Tungguuu... Pasti Rock. Pasti berbisa.
 Peminat-peminat Jebat di bahagian Selatan jangan lupa untuk menyaksi dan berkenalan dengan ahli-ahli kumpulan Jebat. Diaorang ni tak sombong tau.

Antara lagu baru yang dimainkan semasa mereka membuat latihan selain dari lagu Memori Cinta dan Amukan Jebat ialah Janji Rock dan  Perjanjian. Sudah pasti lagu-lagu dari album Iron Maiden menjadi pilihan semasa membuat latihan.

 

Segak tak Jebat lima bersaudara ini.




Bergambar setelah habis latihan di Artrax Studio.

Wednesday 26 October 2011

Jebat di Suria FM 23 Oct 11

Pada tanggal 23hb Oct 2011 (Ahad), Kumpulan Jebat dijemput untuk diwawancara di sebuah stesen radio terkemuka di Malaysia iaitu Suria FM. Ianya terletak di Tropicana Office Tower di Petaling Jaya.

Kumpulan jebat telah di temuramah oleh DJ popular iaitu DJ Bob Ringgo.
Rakaman siaran ini ke udara pada malam harinya dalam segmen Suria Rock.

Sempat berposing dengan DJ Bob Ringgo selepas selesai rakaman.

Tidak habis-habis bergambar.
Kalau U all nak tahu Geng Jebat ni memang suka bergambar.