Saturday 6 April 2013

Band Fest 2013 di Dataran Teluk Kemang - 30 Mar 2013

Pada 30hb Mac 2013 kumpulan Jebat membuat persembahan di pentas dataran Teluk Kemang sempena Band Fest 2013.
Selain Jebat pada malam tersebut pengunjung dihiburkan dengan permainan api, Adira dan juga kumpulan musik 60-an.













Akan Datang - Rock Tsunami d Album

Rock Tsunami - sebuah album yang menggabungkan 16 kumpulan muzik Rock lama dan baru.


Akan berada dipasaran tidak lama lagi.

Jebat menggamatkan Konsert Rock Legend

Pada 16hb Mac 2013, bertempat di Stadium Chin Woo, Jalan Hang Jebat Kuala Lumpur, kumpulan Jebat diberi penghargaan membuat persembahan bersama otai-otai rock tanah air.
Kumpulan yang membuat persembahan pada malam tersebut adalah kumpulan Bloodshed yang terkenal dengan lagu Srikandi cintaku, Samarkand, Manusia & Janji, Ilusi Sebuah Mimpi dan banyak lagi. Kumpulan Sofea SYJ, yang terkenal dengan lagu orang timur, anak liar & bunga padang Pasir. Terbabit juga dalam konsert ini adalah pemain gitar tersohor negara iaitu Man Keedal dari kumpulan Lefthanded. 
Biar pun bersama nama-nama besar dalam industri membuat persembahan, namun Jebat tetap memberi persembahan yang bertenaga dan dapat menarik perhatian anak-anak muda untuk melayan lagu-lagu Rock yang dipersembahkan.
Terimalah beberapa cebisan foto buat tatapan semua.

 Vocalist Kumpulan Sofea/SYJ Amir
Kumpulan SYJ membuat Sound check


 Kumpulan Bloodshed sedang beraksi
 Man Kidal dengan solonya


 Kumpulan Jebat dengan lagu pertama Amukan Jebat dari Single pertama mereka

 Kumpulan Jebat terus mendendangkan lagu Revolusi 446 yang dimuatkan dalam album pertama kumpulan Jebat.

 Lagu ketiga yang di mainkan adalah lagu Aces High cover lagu Iron Maiden

Terima kasih kepada penjaga sound saudara Hassan Babylon, Semua krew-krew yang bertungkus lumus dan tak lupa juga kepada PR kami Encik Mahzan B.

 Semoga rock akan terus subur dan diminati generasi baru

 Akhir sekali terima kasih yang tak terhingga kepada peminat-peminat kumpulan Jebat yang setia dan yang baru mengenali kumpulan Jebat Salam Perkenalan.




Sunday 17 February 2013

T-Shirt Jebat Limited Edition - Infantisid

Kini anda boleh memiliki baju Kumpulan Jebat Limited Edition yang terbaru dengan  Design Infantisid.
 Sekiranya berminat boleh menghubungi saudara Jamal Dahali di talian 019-2665979 untuk harga dan cara penghantaran.

 Kiri: Bahagian hadapan;  Kanan: Bahagian Belakang

Proses percetakan sedang dilakukan.

 
Model baju Jebat. 
Handsome tak? Baju jer jual. Orangnyer tak dijual.


Cepat sebelum Terlambat. Stok terhad.
 
 

Jebat di Uptown Shah Alam

Mengimbau kembali semasa Kumpulan Jebat membuat persembahan di Uptown Shah Alam pada 22hb Sept 2012.




T-Shirt dan CD Jebat










Friday 8 February 2013

Photo Shoot Jebat untuk Album Rock Tsunami

Ini adalah antara aksi-aksi kumpulan Jebat semasa sessi photo shoot di Conteng Art Design Studio, Ukay Boulevard pada 24 Januari 2013 11 malam dan berakhir pada lebih kurang pukul 1.30 pagi 25 Januari 2013.
Terima kasih kepada saudara Yo Jie atau Ijoy yang bertungkus lumus melayan kerenah kami.






Rock Tsunami d'Album




Album Kompilasi Rock Tsunami akan diterbitkan tidak lama lagi.
 Jangkaan pada bulan March 2013.
Album ini merupakan kompilasi lagu-lagu dari kumpulan Rock lama dan Baharu.
Mengandungi 2 CD. 
CD pertama diberi nama Mentor yang bermaksud pembimbing atau penasihat yang berpengalaman. Terdapat 6 band yang menjadi mentor iaitu Satira, Graviti, Utopia, Isa Rahman Handy Black, Arrow dan juga Crossfire
CD kedua deberi nama Protegi atau dalam bahasa Inggerisnya Protege yang bermaksud anak didik. Terdapat 6 kumpulan dalam CD protegi ini iaitu Sakhti, Mono, HB 46, Rajuna, X Elant dan Jebat.

Kepada para peminat jangan lupa untuk mendapatkan album original daripada kami.