Saturday 31 March 2012

Tribute to Rock Legend 2012 - 1st May 2012

Kumpulan Jebat akan beraksi di Auditorium MPAJ pada 1hb May 2012 dalam konsert Tribute to Rock Legend 2012.


Jebat di Teluk Kemang 17 Mar 2012

Pada Tanggal 17 March 2012 tempoh hari kumpulan Jebat telah menggegarkan Dataran Teluk Kemang sekali lagi dengan persembahan terbaik yang diberikan. Terima kasih kepada peminat-peminat kumpulan Jebat yang turun pada hari tersebut. You all memang sempoi. List terlatest artis yang mengambil bahagian boleh dilihat di bawah.


Dipaparkan aksi-aksi kumpulan Jebat semasa beraksi di atas Pentas.
Aksi kumpulan Jebat

Mempersembahkan 5 buah lagu. Bermula dengan Amukan Jebat dari single mereka yang pertama. Kemudian suasana terus dihangatkan lagi dengan persembahan panas Lagenda Gunung Ledang sebuah lagu cover dari Crossfire.

Seterusnya 2 lagu slow rock di sajikan buat peminat-peminat yang dahagakan lagu era rock kapak iaitu Wajah seribu erti yang pernah dipopularkan oleh kumpulan alfa dan Memori Cinta dari single kumpulan Jebat.


Disebabkan kesuntukan masa akhirnya Jebat mengakhiri persembahan dengan lagu baru yang bakal dimuatkan dalam album terbaru iaitu Janji Rock.
Penyanyi utama Jebat, Ujang Dickinson beraksi kebali setelah lama berehat disebabkan masalah kesihatan.

Menyanyi sambil melayan para penonton yang budiman.

Iwan, pertama kali ditonjolkan bersama Jebat.

Tidak menghampakan peminat.

Memang mantap persembahan yang ditonjolkan.

Gandingan Iwan dan Karl.
Karl, bassist Jebat.

Kesian monitor tu kena pijak dek Karl.

Apa-apa pun Janji Rock.
Ammet, second gitar Jebat

Ada Gaya tak?
Jay Dee, Tukang pukul Jebat

Kesian, tak boleh berlari tapi bass drum dia yang berlari ke depan. 

Gaya Rockers manja.
Secara keseluruhannya Kumpulan Jebat berjaya memukau Dataran Teluk Kemang.
Kredit untuk saudara Faizal Abd Fathi yang sudi mengambil gambar Kumpulan Jebat.
Nantikan tour Jebat yang seterusnya. mungkinkah ditempat ANDA... Tunggguuuuu...

Line up baru untuk Jebat 2012




Pemain gitar utama Sham, menarik diri dari kumpulan Jebat. Beliau tetap meneruskan perjuangan musiknya dengan kumpulan baru beliau, Knock Sensor.
Kami Kumpulan Jebat mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau atas sumbangan yang telah diberikan terutama lagu-lagu beliau yang telah melonjakkan nama Jebat ke persada musik Malaysia seperti Memori Cinta, Janji Rock dan Kasih Dua Jiwa.


Sebagai pengganti Sham, Jebat telah mengambil Norizwan @ Iwan sebagai pemain gitar utama baru kumpulan Jebat. Semoga Kumpulan Jebat akan terus maju dalam memperjuangkan Musik mereka.

Sunday 4 March 2012

Jebat di Teluk Kemang, PD pada 17 March 2012

Kumpulan Jebat akan beraksi di Dataran Teluk Kemang pada 17 Mar '12 nanti.
Pastikan anda berada di sana untuk melayan aksi Kumpulan Jebat  pada pukul 6 petang.