Tuesday 25 September 2012

Promo Memori Cinta

Nikmatilah promo lagu Memori Cinta versi terbaru yang akan dimuatkan dalam album terbaru Jebat.


Jebat Show di Downtown KL, Cheras

Pada 7hb Julai tempoh hari Kumpulan Jebat menemui peminat di Downtown KL, Cheras.


Line up Jebat untuk kali ini adalah Ujang Dickinson (Vocal), Sham (Guitar 1), Ammet (Guitar 2), Karl (Bass) dan Jay Dee (Drum).

Di sini dikongsikan beberapa gambar aksi kumpulan Jebat sepanjang persembahan sejam setengah tanpa henti.


























Saturday 14 July 2012

Tribute to Rock Legend 1 Concert

Pada tanggal 1hb Mei 2012 tempoh hari Kumpulan Jebat telah mengadakan persembahan di Auditorium MPAJ bersama beberapa kumpulan Otai seperti Medicine, Sons Of Adam, Joe Burnmark, Get Back, Mad Nor Hendrix, Napoleon Monafat Kroni, Lola & Friend, Nahar (Sofea).
Sebelum persembahan di bilik persalinan

Gitarist muda Medicine. Iwan sedang berlepax rock. Sementara Karl tergelak sehingga terkeluar gigi. Apa citer tu.. kongsilah dengan teman sekali...
Bergambar dulu. Nanti kalau lepas show make up cair.


Antara penonton yang menghadirkan diri.

Kumpulan Medicine sedang membuat persembahan.

Joe Burnmark. Sememangnya seorang Legend Gitar Malaysia.

Jebat memulakan persembahan dengan Aces High dari Iron Maiden.
Habislah speaker kat depan tu kena pijak Ujang & Karl 




Iwan dengan gaya libas maut

Karl Jebat - Bassist tersohor

Bila gitarist bersatu...

Lagu Puteri gunung Ledang salah sebuah lagu Tribute to Crossfire


Tidak melepaskan peluang mendendangkan lagu Amukan Jebat

Akhir kata Jebat Band berbangga dapat beraksi satu pentas dengan Otai Rock tanahair.
Maaf dipinta terhadap kualiti gambar yang tidak berapa memberangsangkan.

-Rock Terus Rock-

Saturday 31 March 2012

Tribute to Rock Legend 2012 - 1st May 2012

Kumpulan Jebat akan beraksi di Auditorium MPAJ pada 1hb May 2012 dalam konsert Tribute to Rock Legend 2012.


Jebat di Teluk Kemang 17 Mar 2012

Pada Tanggal 17 March 2012 tempoh hari kumpulan Jebat telah menggegarkan Dataran Teluk Kemang sekali lagi dengan persembahan terbaik yang diberikan. Terima kasih kepada peminat-peminat kumpulan Jebat yang turun pada hari tersebut. You all memang sempoi. List terlatest artis yang mengambil bahagian boleh dilihat di bawah.


Dipaparkan aksi-aksi kumpulan Jebat semasa beraksi di atas Pentas.
Aksi kumpulan Jebat

Mempersembahkan 5 buah lagu. Bermula dengan Amukan Jebat dari single mereka yang pertama. Kemudian suasana terus dihangatkan lagi dengan persembahan panas Lagenda Gunung Ledang sebuah lagu cover dari Crossfire.

Seterusnya 2 lagu slow rock di sajikan buat peminat-peminat yang dahagakan lagu era rock kapak iaitu Wajah seribu erti yang pernah dipopularkan oleh kumpulan alfa dan Memori Cinta dari single kumpulan Jebat.


Disebabkan kesuntukan masa akhirnya Jebat mengakhiri persembahan dengan lagu baru yang bakal dimuatkan dalam album terbaru iaitu Janji Rock.
Penyanyi utama Jebat, Ujang Dickinson beraksi kebali setelah lama berehat disebabkan masalah kesihatan.

Menyanyi sambil melayan para penonton yang budiman.

Iwan, pertama kali ditonjolkan bersama Jebat.

Tidak menghampakan peminat.

Memang mantap persembahan yang ditonjolkan.

Gandingan Iwan dan Karl.
Karl, bassist Jebat.

Kesian monitor tu kena pijak dek Karl.

Apa-apa pun Janji Rock.
Ammet, second gitar Jebat

Ada Gaya tak?
Jay Dee, Tukang pukul Jebat

Kesian, tak boleh berlari tapi bass drum dia yang berlari ke depan. 

Gaya Rockers manja.
Secara keseluruhannya Kumpulan Jebat berjaya memukau Dataran Teluk Kemang.
Kredit untuk saudara Faizal Abd Fathi yang sudi mengambil gambar Kumpulan Jebat.
Nantikan tour Jebat yang seterusnya. mungkinkah ditempat ANDA... Tunggguuuuu...