Saturday 6 April 2013

Jebat menggamatkan Konsert Rock Legend

Pada 16hb Mac 2013, bertempat di Stadium Chin Woo, Jalan Hang Jebat Kuala Lumpur, kumpulan Jebat diberi penghargaan membuat persembahan bersama otai-otai rock tanah air.
Kumpulan yang membuat persembahan pada malam tersebut adalah kumpulan Bloodshed yang terkenal dengan lagu Srikandi cintaku, Samarkand, Manusia & Janji, Ilusi Sebuah Mimpi dan banyak lagi. Kumpulan Sofea SYJ, yang terkenal dengan lagu orang timur, anak liar & bunga padang Pasir. Terbabit juga dalam konsert ini adalah pemain gitar tersohor negara iaitu Man Keedal dari kumpulan Lefthanded. 
Biar pun bersama nama-nama besar dalam industri membuat persembahan, namun Jebat tetap memberi persembahan yang bertenaga dan dapat menarik perhatian anak-anak muda untuk melayan lagu-lagu Rock yang dipersembahkan.
Terimalah beberapa cebisan foto buat tatapan semua.

 Vocalist Kumpulan Sofea/SYJ Amir
Kumpulan SYJ membuat Sound check


 Kumpulan Bloodshed sedang beraksi
 Man Kidal dengan solonya


 Kumpulan Jebat dengan lagu pertama Amukan Jebat dari Single pertama mereka

 Kumpulan Jebat terus mendendangkan lagu Revolusi 446 yang dimuatkan dalam album pertama kumpulan Jebat.

 Lagu ketiga yang di mainkan adalah lagu Aces High cover lagu Iron Maiden

Terima kasih kepada penjaga sound saudara Hassan Babylon, Semua krew-krew yang bertungkus lumus dan tak lupa juga kepada PR kami Encik Mahzan B.

 Semoga rock akan terus subur dan diminati generasi baru

 Akhir sekali terima kasih yang tak terhingga kepada peminat-peminat kumpulan Jebat yang setia dan yang baru mengenali kumpulan Jebat Salam Perkenalan.




No comments:

Post a Comment