Thursday 24 November 2011

Jebat Sewaktu Latihan


Mungkin sesetengah peminat Kumpulan Jebat bertanyakan dimanakah mereka membuat latihan  selama ini. Artrax Studio merupakan studio yang  menjadi pilihan mereka semenjak tahun 2009 dahulu lagi. Studio ini terletak di Kompleks Diamond Bandar Baru Bangi. Lebih senang jika kita katakan di belakang Warta Bangi, bersebelahan dengan Pejabat Daerah.

Antara aksi yang dipamerkan oleh lima bersaudara Jebat ini. Untuk pengetahuan semua Kumpulan Jebat sedang giat membuat latihan untuk dipersembahkan di Johor Baharu pada 11 Disember 2011 nanti.
Selain dari lagu Jebat, kumpulan ini juga akan mengiringi seorang penyanyi otai dalam persembahan itu nanti. Siapa? Tungguuu... Pasti Rock. Pasti berbisa.
 Peminat-peminat Jebat di bahagian Selatan jangan lupa untuk menyaksi dan berkenalan dengan ahli-ahli kumpulan Jebat. Diaorang ni tak sombong tau.

Antara lagu baru yang dimainkan semasa mereka membuat latihan selain dari lagu Memori Cinta dan Amukan Jebat ialah Janji Rock dan  Perjanjian. Sudah pasti lagu-lagu dari album Iron Maiden menjadi pilihan semasa membuat latihan.

 

Segak tak Jebat lima bersaudara ini.




Bergambar setelah habis latihan di Artrax Studio.

No comments:

Post a Comment