Saturday 31 March 2012

Jebat di Teluk Kemang 17 Mar 2012

Pada Tanggal 17 March 2012 tempoh hari kumpulan Jebat telah menggegarkan Dataran Teluk Kemang sekali lagi dengan persembahan terbaik yang diberikan. Terima kasih kepada peminat-peminat kumpulan Jebat yang turun pada hari tersebut. You all memang sempoi. List terlatest artis yang mengambil bahagian boleh dilihat di bawah.


Dipaparkan aksi-aksi kumpulan Jebat semasa beraksi di atas Pentas.
Aksi kumpulan Jebat

Mempersembahkan 5 buah lagu. Bermula dengan Amukan Jebat dari single mereka yang pertama. Kemudian suasana terus dihangatkan lagi dengan persembahan panas Lagenda Gunung Ledang sebuah lagu cover dari Crossfire.

Seterusnya 2 lagu slow rock di sajikan buat peminat-peminat yang dahagakan lagu era rock kapak iaitu Wajah seribu erti yang pernah dipopularkan oleh kumpulan alfa dan Memori Cinta dari single kumpulan Jebat.


Disebabkan kesuntukan masa akhirnya Jebat mengakhiri persembahan dengan lagu baru yang bakal dimuatkan dalam album terbaru iaitu Janji Rock.
Penyanyi utama Jebat, Ujang Dickinson beraksi kebali setelah lama berehat disebabkan masalah kesihatan.

Menyanyi sambil melayan para penonton yang budiman.

Iwan, pertama kali ditonjolkan bersama Jebat.

Tidak menghampakan peminat.

Memang mantap persembahan yang ditonjolkan.

Gandingan Iwan dan Karl.
Karl, bassist Jebat.

Kesian monitor tu kena pijak dek Karl.

Apa-apa pun Janji Rock.
Ammet, second gitar Jebat

Ada Gaya tak?
Jay Dee, Tukang pukul Jebat

Kesian, tak boleh berlari tapi bass drum dia yang berlari ke depan. 

Gaya Rockers manja.
Secara keseluruhannya Kumpulan Jebat berjaya memukau Dataran Teluk Kemang.
Kredit untuk saudara Faizal Abd Fathi yang sudi mengambil gambar Kumpulan Jebat.
Nantikan tour Jebat yang seterusnya. mungkinkah ditempat ANDA... Tunggguuuuu...

2 comments:

  1. alamak.... terima kasih geng.... tak sangka ada blog..... \m/(*v*)\m/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks juga buat Faizal.
      Selalu-selalulah menjengok Blog Jebat... hehe

      Delete